|
|
 |
 |
|
Friday, September 28, 2007

Pic kat cameron
Posted at 9/28/2007 6:01:01 pm by lynn822
Permalink

My latest pic
Posted at 9/28/2007 5:53:38 pm by lynn822
Permalink
huhuhu...lama giler tak tgk blog ni. ada lagi rupanya.
buat pertama kalinya aku view blog ni setelah tidak lagi bergelar student. tapi bergelar Cikgu plak.adoi...rasa syahdu je baca post yang dedolu. ada lagi ke kawan-kawan yang dulu lg?
kalau ada tu, msg la ek. email ke salina822@yahoo.com. rindunya kat korang
Posted at 9/28/2007 5:40:20 pm by lynn822
Permalink
Thursday, December 22, 2005
Semilir yg bertiup adalah nafas senduku Sesayu aliran Barada adalah airmataku Sebahang mentari membakar adalah rinduku Sedingin salju yang memutih adalah pasrahku
Perjalanan ini pernah mencatatkan sejarah Kisah yang penuh nostalgia indah Ketika kita sama menongkah Alam kecil yang penuh kisah
Piat-piat kerinduan semalam masih terasa Lalu membekaskan palitan yang luar biasa Lantaran ukhuwah yang terjalin antara kita Terus bernaung diredupan rahmat Nya
Lalu... Tiada lagi yang terindah Selain melihat kuntuman ukhuwah Mekar mewangi di bumi bertuah Disirami rahmat keredhaan Allah
Dulu..... Kita dalam satu tapak semaian Seringkali kita bajai keimanan Dibelai penuh hikmah kemanjaan Digembur dan di sulam cinta tuhan
Kini.... Segalanya tinggal kenangan Pabila kita diinjak kedewasaan Setelah kita dipisah-pisahkan Menjadi duta di bumi Tuhan
Teman... Disini aku diperantauan Menjana keimanan dan kekuatan Moga dapat dijadikan bekalan Sebelum terjun ke medan perjuangan
Teman... Terkadang perit benar aku rasakan Lantaran berjuang sendirian Terlalu ganas badai ujian Menghempas ditembok kehidupan
Perjuangan ini... Perlukan airmata dan pengorbanan Tidak pula menjanjikan kemewahan Lalu tiada dihatiku sekelumit penyesalam Kerana memilih jalan tuhan
Terasa... Lambat benar masa berjalan Tidak sabar mahu menyertai kalian Bersatu dibawah panji perjuangan Merobohkan rangkaian penindasan
Posted at 12/22/2005 7:03:53 am by lynn822
Permalink
Wednesday, December 21, 2005
hai alll......
i'm, back. long time tak nengok blog neh. ntah apa2 jadinya.
skrg ni aku dah abis study. dah grad. tp lom konvo lg. next year la kot. ada sesapa yg konvo sama ngan aku ke ek? jom la meramaikan lg.
aku tgh busy mencari keje. sesapa yg ada lubang kerja tu habaq la kat aku. cian kat aku neh dok membesarkan badan je kat umah. tatau nak wat mender.uhuhuhu
kepada warga TAJ tu selamat bercuti ek. adiossss Currently listening to: LifeBy Cardigans
Posted at 12/21/2005 1:16:56 am by lynn822
Permalink
Tuesday, July 19, 2005
INGATLAH WAHAI KAUM LELAKI
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan
ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka yang tidak memberikan hak
kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak
tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila
suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab
menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-
abangnya. Jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang
ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan
tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat,
maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN
DAN BATU-BATU... "
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk
syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid)
dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan
pada kita.
Wallahu a'lam bish-shawab
Billahi at-Taufiq wal-hidayah
Posted at 7/19/2005 8:46:01 am by lynn822
Permalink
Wednesday, June 22, 2005
pembuka minda bagi melayu muslim....
Pada satu hari, seorang peniaga otak sedang mempromosikan koleksi otak
terpakai yang terdapat di kedainya kepada seorang pelanggan. Lalu
diperkenalkanlah otak-otak terpakai yang ada dan nilaiannya sekali.
"Ini otak orang Jepun, harganya RM 50."
"Ini otak orang Jerman, harganya RM 500."
"Ini otak orang Perancis, harganya RM 5 000."
"Ini otak orang Amerika, harganya RM 50 000."
"Dan ini otak orang Melayu, harganya RM 5 juta."
Si pelanggan terkejut kerana otak terpakai orang Melayu paling mahal.
Lalu
ditanyakan kenapa.Maka jawapan si peniaga otak terpakai adalah kerana
otak
terpakai orang Melayu masih banyak mempunyai ruang yang boleh digunakan
lagi berbanding otak terpakai bangsa lain.
Pakdi tidak tahu siapa yang mencipta anekdot ini,tetapi Pakdi pernah
mendengarnya sejak dari sekolah rendah lagi mengenai sifat orang Melayu
malas berfikir.
Ada pensyarah Pakdi yang begitu anti kepada pelajarnya yang berkemampuan
mendapat markah yang tinggi tetapi tidak boleh menjawab soalan berbentuk
kritikal. Bila dilontarkan persoalan yang berada di luar buku teks,
maka mulalah menggelabah mencari jawapan sedangkan jawapan tersebut
sebenarnya mereka sudah tahu cuma soalannya sahaja berbelit-belit.
Pensyarah-pensyarah sebegini amat menghargai jawapan yang tidak
menggunakan ayat-ayat buku atau seperti yang pernah disebut oleh salah
seorang dari mereka, 'bookish answer.' Tetapi ada juga pensyarah yang
tidak boleh tidak, jawapannya mesti sama seperti dalam nota yang
diberinya.
Berfikir itu seronok. Apatah lagi kalau memikirkan sesuatu yang baru dan
bermanfaat untuk diri sendiri. Berfikir itu juga mudah. Tetapi tidak
ramai juga orang yang benar-benar menggunakan otaknya untuk berfikir.
Barangkali orang yang tidak berfikir ini adalah orang yang tidak tahu
memanfaatkan kelebihan akal yang telah dianugerahkan. Langkah pertama
untuk berfikir adalah kita perlu membuka kerangka minda kita
seluas-luasnya atau dalam erti kata lain, melakukan anjakan paradigma.
"Mind is like a parachute, it will be useful when it is opened."
Bila sebiji epal jatuh ke atas kepala orang yang tidak berfikir, dia
akan
terus memaki dan marah-marah. Tetapi orang yang berfikir akan menemui
teori graviti, seperti Isaac Newton. Orang yang tidak berfikir juga
akan hanya melihat air berlalu begitu sahaja bila dicurahkan ke atas
daun
keladi, tetapi orang yang berfikir akan mencipta peribahasa;
-Bagai mencurah air di daun keladi- dan orang yang berfikir lebih jauh
akan
menjadikannya sebagai asas penciptaan visor helmet yang kalis air.
Orang tidak berfikir akan membaca al-Quran sama seperti membaca bahan
bacaan lainnya. Tetapi orang yang berfikir, dia akan membaca al-Quran
sambil mentadabbur makna dan isi kandungannya lalu dijumpakan
olehNya penemuan-penemuan sains yang menakjubkan yang telah termaktub di
dalam al-Quran.
Manusia diciptakan dengan otak manusia terletak di bahagian yang paling
atas sejajar dengan pengiktirafan Allah swt terhadap manusia yang
dijadikan sebaik-baik kejadian. Tetapi ramai juga manusia meletakkan
otaknya di kepala lutut malah lebih teruk lagi di bawah tapak kaki.
Allah telah mengumpamakan manusia lebih teruk daripada binatang
sekiranya mereka tidak memanfaatkan anugerah akal.
Pejuang wanita aliran liberal seperti Sisters In Islam selalu mengatakan
hukum memakai tudung bagi wanita itu adalah diskriminasi.
Tetapi penemuan pasangan penyelidik, Allan dan Barbara Pease yang
mengkaji
perbezaan lelaki dan wanita dalam bukunya,Why Men Can't Listen And Women
Can't Read Maps serta Why Woman Cry and Men Lie telah menyatakan bahawa
pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model wanita adalah
lelaki.
Dan pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model lelaki juga
adalah lelaki. Penonton teramai Miss Universe adalah lelaki, tetapi yang
menonton Mr Universe itu tidak ramai, dan amat sedikit wanita yang
menontonnya.
Kerana menurut mereka, lelaki itu memang akan berasa ghairah cukup
melalui
pandangan. Tetapi wanita perlu dahulu dibelai dahulu untuk meransang
mereka.
Justeru, melihat bahan lucah, bagi kebanyakan wanita, ia adalah
perbuatan yang jijik. Tetapi bagi lelaki ia adalah seronok lagi
menghiburkan.
Sebab itulah kadang-kadang Tok Imam dan Pak Bilal pun mengeluh,
"Kalau camni, mau terangkat kopiah aku...."bila melihat wanita berbaju
ketat dan berseluar sendat lalu di hadapan mereka.
Maka sebab itulah wanita perlu memakai tudung, memakai pakaian yang
labuh,
kerana secara fitrahnya lelaki akan boleh terus teransang bila melihat
kecantikan wajah wanita, bentuk tubuh badan wanita dan lenggok
suara mereka. Tetapi lelaki cukup untuk menutup bahagian antara pusat
dan
lutut kerana tidak ada wanita yang teransang melihat rambut lelaki dan
melihat lelaki memakai seluar. Malah keseluruhan badan
lelaki pun belum tentu dapat mengghairahkan kebanyakan wanita.
Mempertikaikan hukum Allah yang sabit nas yang qatie adalah tindakan
orang
yang tidak berfikir. Persoalan kasihan kepada pencuri yang dipotong
tangannya adalah kata-kata orang yang tidak berfikir.
Seharusnya yang perlu dikasihankan adalah orang yang dicuri barangnya
bukan yang mencuri barang orang lain.
Dan pencuri yang mencuri disebabkan kemiskinan tidak akan dipotong
tangannya kerana bercampurnya perkara syubhah.
Seterusnya,mempertikaikan persoalan pewarisan harta 2:1 antara anak
lelaki
dan perempuan juga menunjukkan mereka tidak berfikir jauh.
Dalam Islam, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan
anak-anak.
Justeru, mendapat 2 bahagian pewarisan harta sekalipun, adakalanya
bahagian yang dinikmati oleh si suami tidak sampai 1 bahagian pun
setelah harta tersebut digunakan untuk menyara keluarga. Berbanding
wanita, mereka tidak wajib menyara keluarga, justeru dah dapat 1
bahagian
pewarisan adalah mencukupi. Yang salah bukannya hukum Islam, tetapi
sikap suami-suami yang menzalimi para isteri, dan mereka mempersoalkan
hukum.
Kenapa orang murtad perlu dibunuh? Ia melanggar hak asasi manusia.
Begitulah kira-kira dakwaan mereka dengan secara jahil menggunakan hujah
"Tiada paksaan dalam beragama." (al-Baqarah: 256)
Islam itu bukan semata-mata agama, tetapi ia adalah satu cara hidup yang
sempurna. Mempunyai sistem kehidupan yang lengkap dalam semua aspek.
Sejahat-jahat kumpulan samsengmahupun along dan tonto, mereka juga patuh
kepada sistem yang menjadi teras aktiviti jenayah
mereka. Tetapi kenapa Muslim dihalang mengikut sistem hidup yang
digariskan? Kalaulah isu hak asasi manusia itu penghalang,
kebebasan peribadi itu dan ini, maka sudah tentu jabatan askar, polis,
bomba juga mesti dikecam oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi
manusia membabi buta ini. Mereka dimestikan memakai pakaian seragam
hampir sepanjang waktu.
Tidak ada askar dihantar kemedan perang dengan jersi bola sepak. Tidak
ada
polis trafik menjaga lalu lintas dengan baju Melayu lengkap bersampin.
Tidak ada bomba memadamkan kebakaran dengan berbaju punk mahupun hip
hop.
Sedangkan mereka juga ada hak peribadi untuk memakai jersi, baju
kebangsaan dan baju yang mereka minati pada bila-bila masa.
Lalu jawapan mereka sudah pasti itu adalah kerana undang-undang,
peraturan,sistem dan tugas mereka sudah begitu. Lantas tidak ada
salahnya pada jabatan-jabatan tersebut. Manakala apabila Islam mahu
melaksanakan undang-undang, segala sistem dan peraturannya ia dihalang
dengan pelbagai alasan yang tidak masuk dek akal.
Seterusnya untuk berfikir dengan matang, kita adakalanya perlu berfikir
dari luar kotak diri sendiri. Think outside the box. Kalau kita pelajar,
cuba fikir sebagai guru dan pensyarah. Kalau kita bos, cuba berfikir
sebagai pekerja bawahan. Kalau kita bapa, cuba berfikir sebagai anak.
Kalau kita menteri,cuba berfikir sebagai rakyat biasa. Kerana manusia
selalunya tidak nampak gajah di depan mata tetapi boleh melihat kuman
nun jauh di kutub selatan.Kita adakalanya perlu berfikir di luar dari
kelompok dan golongan kita sahaja. Kadang-kadang kita dah rasa cukup
bagus, tetapi sebenarnya tidak. Akibatnya, kita rasa kita sahaja yang
betul
dan orang lain itu semuanya salah. Sedangkan konsep yang perlu kita
pegang adalah keseluruhan manusia itu saling lengkap melengkapi antara
satu sama lain.
Orang yang suka berfikir tidak dapat dibodoh-bodohkan sewenangnya. Orang
yang boleh membenarkan dirinya diperbodoh, dipergunakan dan
dieksploitasi
itu adalah orang yang tidak dapat berfikir dengan normal.
Pelajar undang-undang akan menemui kes Geron Ali. Kes pembunuhan yang
berlaku di Calcutta India pada tahun 1941. Kerana mempercayai membunuh
orang boleh membawa ke syurga, dia akhirnya telah memenggal kepala
seorang
pemuda dan anak perempuannya kemudiannya tanpa rasa bersalah membawa
kedua-dua kepala itu di khalayak ramai dan seterusnya menyerahkan
kepala-kepala tersebut kepada ketuanya. Akhirnya, mahkamah telah
mendapati dia seorang yang tidak dapat berfikir dengan normal.
Itu kisah orang yang memang gila. Tetapi bagaimana pula orang yang boleh
berfikir tetapi masih membenarkan diri mereka dipergunakan? Seperti
diberi
jawatan mufti, imam besar dan qadhi lalu dikehendaki berceramah dan
berkhutbah mengikut selera pemerintah semata-mata bukannya bercakap
berlandaskan kebenaran.Diberi jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan
lalu tugasnya hanya menurunkan tandatangan di bawah kata-kata,"Saya Yang
Menurut Perintah." Bukannya tidak boleh berfikir. Tetapi perihal duit
selalu menjadi penghalang kepada mereka yang sudah
bekerja untuk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Kerana itulah
bekerja sendiri itu jauh lebih baik dari makan gaji.
Orang yang berfikir dan berani bertindak selalunya digelar aktivis. Sama
ada aktivis pelajar, aktivis buruh dan lain-lain. Mereka ini adalah
golongan
yang perlu dibendung dan disekat oleh pemerintah yang mengamalkan kuasa
pemerintahan aliran seni kediktatoran. Kalau dipandang sekali imbas, apa
yang nak ditakutkan kepada manusia yang masih membeli buku dengan duit
ibu
bapa ini? Apa yang nak digeruni kepada manusia-manusia yang bekerja
bagai
nak rak 24 jam sehari semalam ini? Tetapi bila difikirkan pengaruh
dan kuasa tersembunyi yang ada pada mereka, lalu diperkenalkanlah segala
macam akta serta peraturan biar mereka takut untuk berfikir jauh serta
kritis
supaya tidak ada penentangan yang berlaku terhadap seni kediktatoran
mereka.
Negara-negara maju tidak pernah menghalang kebebasan berfikir terhadap
rakyat mereka. Lalu mereka terus maju dan maju. Tetapi negara-negara
mundur dan membangun begitu takut kepada rakyat mereka yang boleh
berfikir secara kritis. Lalu berterusanlah mundur dan terbantut dan
tidak
maju-maju.
Rasulullah saw tidak menyukai sahabat-sahabat besar bertanyakan hal-hal
kecil kepada baginda. Kerana dalam perkara-perkara cabang, berfikir
sendiri
pun mereka sudah boleh mendapat jawapannya sendiri berdasarkan
prinsip-prinsip umum yang digariskan baginda. Malah, baginda sendiri
banyak mengamalkan syura dengan para sahabat, sedangkan baginda adalah
nabi yang sentiasa boleh meminta wahyu dari Allah. Tetapi untuk
menggalakkan budaya berfikir, maka suasana yang sihat perlu diwujudkan
dengan saling berbincang, tegur-menegur dan mengkritik secara baik.
Sekiranya semua perkara itu perlu kepada penurunan wahyu yang
khusus, sudah tentu Islam tidak akan berkembang dengan baik selepas
kewafatan Nabi saw.
Justeru, jadilah ubi berisi dan bukannya tong kosong.Fikirlah
seluas-luasnya selagi mana ia tidak bertentangan dengan batasan syariat.
Sesungguhnya keseronokan berfikir ini hanya dikecapi oleh orang-orang
yang sudah melaluinya sahaja. Berfikir membebaskan diri kita dari
budaya jumud dan taklid.Orang yang berfikir tidak akan membiarkan
dirinya
dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Wallahua'lam.
Posted at 6/22/2005 11:02:35 pm by lynn822
Permalink
Monday, June 20, 2005
Tetiba je aku teringat kat lagu ni. waktu tu aku baru darjah 4. lagu ni ditujukan utk cikgu kitorang yg berpindah ke terengganu ikut husband dia. sampai skrg aku masih ingat lg Cikgu Anida. lagu neh Cikgu Mezon yg suh kitorang nyanyikan masa majlis perpisahan tu. dah lama gak aku tak jumpa. isk terasa cam nak cari je diorang
Bersama seiring alunan bunyi
Seruling di lembah sunyi
Ku duduk termenung seorang diri
Mengenang nasib diri
Oh angin...
Sampaikan salam ku
Ku menanti di lembah sunyi....
aiyak... lupa lirik dah. nnt la kalu ingat nnt sambung. jgn marah
Posted at 6/20/2005 8:58:23 pm by lynn822
Permalink
Tuesday, June 07, 2005
Salamzzz all....
ari ni br la aku dpt online lepas ada masalah ngan pc neh. ni pun ntah la bleh bertahan sampai bila. dah nak hancur kot pc ni. anyway, tak per la. aku pun dah nak abis study. kalau rosak malas dah nak baiki. uhuhuhu....
aku skrg ni tgh busan sbb kelas lom baper nak start lg. so skrg ni aku masih berada di kg yg tak der halaman yg luas. gettin' bored coz tak tau nak wat mender dah. skrg ni aku cuma leh ngadap pc je la selain ngadap kucing2 ku yg byk tu. td ada sekor yg telah 'meninggalkan dunia'. penat sei gali lubang kubur neh. ni baru kubur kucing. lom kubur org lagi. isk..isk... br la aku tau betapa susahnya profesion sbg seorang penggali kubur.
aiyak...nak register subjek pun problem. cam ner la aku nak grad neh. tak leh lak nak register 3 subjek. surat dah kasi kat dean, tp napa tak approve lg neh. macam2 la unitar ni. sakit paler aku dibuatnya. ni nak kena pi jumpa CIK JUN yg malas neh. cian dia kena buat bebyk keje. ari tu dah la aku mintak surat LI awal. padahal Li bulan ogos. lantak la apa dia nak kata. janji tak nyusah aku kelam kabut nak cari tempat nnt.
ok all. no idea la nak kongsi citer ngan korang. babaiiiiiiiiii!!!
Posted at 6/7/2005 10:33:43 pm by lynn822
Permalink
Monday, May 23, 2005
Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
wallahuallam
Posted at 5/23/2005 10:46:41 pm by lynn822
Permalink
|
|

lynn822July 3rd 1981 (Age 28) Female Perak
PROFILE: SALINA JAMALUDDIN 3 JULY 1981 PERAK, MALAYSIA FRESH GRADUATE READING, TRAVELLING
I WANT YOU TO KNOW
I want you to know... That I love you so. Deep in my heart is where you'll stay, Each and everyday, Now, forever, and always.
I want you to know... That I'll always be there, To show you how much I care. I'll never let you down I'll do anything to keep away your frown.
I want you to know... How much you mean to me You're my eyes to see, My heart to beat, and my air to breathe, Without you, there's no me.
I want you to know... That "I Love You".
Eazy Link
http://www.melayu.biz:8000/listen.pls
www.yahoo.com
www.unitar.edu.my
| |