Monday, May 23, 2005
UpDaTe BlOg

salamzzzzzz all....

pekaba semua sorry la dah lama giler tak update blog neh. busy sket. onlie ada gak but check email je. pastu log off. lg pun tak tau la nak update apa. anyone to suggest, just mail me. apis.... pls help me. aku kering idea skrg neh. huahuahua..
cuti ni je la yg leh aku jenguk2 kat blog ni. tu pun dah penghabisan cuti. but aku rasa tak terlambat utk aku ucapkan tahniah pada yg berjaya di KARNIVAL UNITAR ari tu. pada yg tak berjaya tu terima la kekalahan dgn sabar. cuba lg thn dpn. tu pun kalau korang tak grad lg la.aku tak sempat lak nak pi walapun ada kat kl. kalau tak mesti aku bg sokongan utk KOLEJ TAJ yg TERCINTA sgt neh.
bila ek nak mendaftar balik sem baru??? tak tau lak biler aku nak register. tak per la. lewat pun tak pe kot. admin busy sgt. koordinator mesti susah nak jumpa. maklumla byk sgt masalah student. kena barred la sbb outstanding balance (tak termausk aku), nak tukar subjek la, tersilap register subjek la masa early course registration dan mcm lg.
bukak je sem br neh ada la sorang member aku nak kawen. kat kedah lak tu. rasanya nak pi sgt. tp tak tau la jadi ke tak. nnt kalau aku jd pi aku scan pic kat blog neh. ramai lak member aku yg nak kawen. aku tak tau la biler. tak der jodoh kot. hik hik... ok la. tak tau mender nak ngarut lg kat blog neh. kalau ada apa2 masalah just email me ek. jgn segan2. adiossssss

Posted at 5/23/2005 10:35:47 pm by lynn822
Make a comment  

Thursday, February 03, 2005
Perbalahan Malaikat Rahmat Dan Malaikat Azab

New Page 1

"Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100. Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya.

Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi.

Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

Moral & Iktibar >> >> >>Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat. Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan. Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana. Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri. Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit. Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya. Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa. Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke halqum dimasukkan ke dalam syurga. "


Posted at 2/3/2005 10:18:55 am by lynn822
Make a comment  

Monday, January 17, 2005
-W3|cOmE tO UNITAR-

Assalamualaikum all...
rasanya lama tak update blog neh. tak rajin la plak masa cuti ari tu. pi melancong ke beberapa buah negeri. so tak der masa la.jgn marah ek..bila dah start sem pada 10/1 ari tu busy lak nak pilih subjek. pergh. dah la keputusan tak besh. nak register subjek lak cam hampeh. apa la nak jadi ngan aku neh.
yg beshnya ari sabtu (15/1) ari tu kitorang join orientasi student baru kat ulu chepor. ada la aku selitkan sket gambo aktiviti tu. nak bebyk meh sini la tgk dlm album neh. uhuhuhu...kepada student baru tu aku ucapkan 'selamat menghadapi sengsara' dan belajar leklok supaya tak kantoi.




Posted at 1/17/2005 9:00:06 am by lynn822
Make a comment  

Monday, December 20, 2004
Sada's Wedding

ni antara gambar masa member aku kawen. tak byk yg sempat snap coz dah letih mencari rumahnya yg entah dok kat pelusuk mana. nasib baik nasi minyak sedap. kalau tak sedap rasanya tak berbaloi pi sana. ahaks... for all my friends especially dieyna, pic ni aku scan khas utk tatapan ko. jgn jeles lak tgk pic kitorang neh. cam reunion la plak.besh besh...


Posted at 12/20/2004 8:58:41 pm by lynn822
Comments (1)  

Friday, December 17, 2004
HappY HoliDay

New Page 1

Selamat bercuti pada yg dah abis exam cam aku neh. yg belum abis tu study la leklok. teruskan perjuangan yg belum selesai. agak2 apa yg korang nak buat cuti kali ni ek? aku dah tak tau nak pegi mana dan tak tau nak buat apa. buat bodo kang jadi bebetul bodo susah lak. takkan nak lepak kat umah sewa yg tak berpenghuni neh? dah la byk kes pecah rumah la, rompak la. huh... takot aku.

mlm tadi aku sempat la menemuramah seorang budak gei tu. antara perbualan aku ngan dia ada kat bawah neh:

lieyna81 (11:01:47 PM): zeo
lieyna81 (11:01:50 PM): aku nak tanya neh
daniazz (11:01:54 PM): tak leh
daniazz (11:01:56 PM): ahhaaa
daniazz (11:01:57 PM): ape die?
lieyna81 (11:02:08 PM): sapa presiden gei unitar
daniazz (11:02:17 PM): apis
lieyna81 (11:02:21 PM): man?
daniazz (11:02:30 PM): man tu bendahari
lieyna81 (11:02:40 PM): oooo
lieyna81 (11:02:43 PM): mastersifu?
daniazz (11:02:43 PM): ade ura2 kroni man nak gulingkan apis 
lieyna81 (11:02:46 PM): oo
daniazz (11:02:53 PM): mastersifu sape?
lieyna81 (11:03:01 PM): ntah
lieyna81 (11:03:03 PM): dak umah man
daniazz (11:03:16 PM): ntah tak kenal
daniazz (11:03:19 PM): hahaa
daniazz (11:03:22 PM): tu kroni2 man la tu
lieyna81 (11:03:25 PM): ooo
daniazz (11:03:29 PM): yg nak gulingkan apis

setakat tu je yg bleh paste. yg lain tu ada sensored sket. korang tau la zeo tu kan.ekekeke. jgn marah ek kengkawan semua. just kidding


Posted at 12/17/2004 10:04:20 am by lynn822
Comments (1)  

Saturday, December 11, 2004
Warna Kesihatan

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...

MASALAH SAKIT KEPALA WARNA: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... ..!

CERIAKAN MOOD ANDA WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan


Posted at 12/11/2004 10:09:56 pm by lynn822
Comments (1)  

Lagi dan lagi dan lagi

New Page 1

Selamat Pengantin Baru utk sahabatku Sadarina yg akan melangsungkan perkahwinan dgn jejaka yg perasan hensem Saifol Adly. Semoga jodoh korang panjang hingga akhir hayat. Ntah dah berapa org member aku kawen pun aku tak tau. dak paling brutal dlm kelas masa sekolah dulu pun dah kawen. ni dak paling kemetot pun dah jadi bini org. adoi la. tak beshla pasni dah. semua dah ada family sendiri. bila tepon je ayat diorang 'jap ye, anak aku nangis'. ahaks. walaupun cam tu aku tumpang gumbira utk korang. esok nantikan kemunculan ku di Kampung Attaduri, Langkap.


Posted at 12/11/2004 9:58:00 pm by lynn822
Make a comment  

Friday, December 03, 2004
Good Luck '4' Final Exam

New Page 2

dah lepas beraya sampai la masanya dak2 UNITAR neh menghadapi saat-saat yg paling besh ketika bergelar seorang pelajar. kalau tamo repeat paper, kena la study dr awal. kalau rasa syg kat subjek tu, masuk dewan exam, isi nama ngan nombor matrik blah je. insyaAllah anda akan mengambil subjek tu sekali lagi di semester akan dtg. ahaks. aku pun tgh risau neh. subject ada 5. tapi exam 3 hari je. uhuhuhuhu. mencabar tui sem neh. korang jgn lupa doakan aku ek. aku nak grad gak cam yg lain tu.

Anyway wish u all good luck.


Posted at 12/3/2004 10:24:49 am by lynn822
Make a comment  

Friday, November 12, 2004
-SELAMAT HARI RAYA-

selamat hari raya adilfitri. maaf zahir dan batin. sorry la kalau ada terkasar bahasa ke ngan korang sepanjang kita kenal neh. jemput la dtg ke rumah aku beraya ek. tu pun kalau tak malu la. kalau malu bawak la kuih raya sekali mai umah aku. nnt leh kita makan sesama. wakakkak


Posted at 11/12/2004 9:22:52 pm by lynn822
Make a comment  

Sunday, October 31, 2004
++announcement++


assalamualaikum all...
todayz aku rasa last berada dlm dunia irc. nak bersara terus la kot. my nick biar je la terus cam tu. aku syg nick tu. pada member2 yang pernah chat ngan aku, aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dan silap sepanjang kita kenal. selama dkt 4 thn aku dlm dunia irc. rasanya baik quit sbb aku dah mula sedar irc byk keburukan dr kebaikan. kalau ada apa2 email je la kat aku. tak pun msg kat blog ni ek. i'll be missing u.

Posted at 10/31/2004 9:57:47 pm by lynn822
Comments (4)  

Previous Page Next Page



lynn822
July 3rd 1981  (Age 28)
Female
Perak

WATCH IT OUT!!




PROFILE:
SALINA JAMALUDDIN
3 JULY 1981
PERAK, MALAYSIA
FRESH GRADUATE
READING, TRAVELLING
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

I WANT YOU TO KNOW

I want you to know...
That I love you so.
Deep in my heart is where you'll stay,
Each and everyday,
Now, forever, and always.

I want you to know...
That I'll always be there,
To show you how much I care.
I'll never let you down
I'll do anything to keep away your frown.

I want you to know...
How much you mean to me
You're my eyes to see,
My heart to beat, and my air to breathe,
Without you, there's no me.

I want you to know...
That "I Love You".



Eazy Link


http://www.melayu.biz:8000/listen.pls


www.yahoo.com


www.unitar.edu.my







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed